8 Cara Penyimpanan Susu Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ibu-ibu yang gigih menyusukan anak. Tahniah kerana anda mempunyai kesedaran yang cukup tinggi untuk menjayakan penyusuan susu ibu ini. Semoga dapat meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun ye..Sama-sama kita berjuang..Saya pun mempunyai impian untuk menyususkan anak ke 3 saya sehingga 2 tahun spt yg disarankan dalam Al-Quran. Di sini saya ingin berkongsi sedikit cara-cara membuat penyimpanan susu ibu berdasarkan pengalaman saya dlm menyusukan 3 orang anak. Bagi ibu2 yang baru sahaja menerima cahaya mata utk pertama kali mungkin info ini cukup bermanfaat buat anda..

8 Cara Penyimpanan Susu Ibu :-

1) Bekas Penyimpanan
- Ibu mesti memastikan bekas menyimpan susu sentiasa dlm keadaan bersih.
-Susu disimpan dalam bekas sama ada di dalam botol atau milk storage bag. Jika ingin menjimatkan ruang sebaiknya simpan dalam breast milk storage bag kerana dalam satu storage bag tu boleh menyimpan sehingga 12 oz.

2) Catat tarikh dan masa
-Catatkan tarikh dan masa perahan susu sebelum menyimpannya
-Ini sangat penting supaya kita dapat menggunakan stok yang lama supaya tidak berlaku pembaziran susu ibu.Setitik susu ibu itu sangat bernilai buat saya.

3) Simpan dalam kuantiti yang mencukupi
-simpan susu ikut kuantiti yang cukup bagi 1 kali baby menyusu
- Sebagai contoh : Sekiranya sekali minum dlm 3-4 oz, maka simpanlah susu ikut kuantiti tersebut.

4) Tidak memenuhkan ruang dalam bekas
- Jangan simpan susu dengan memenuhi ruang bekas.Ini adalah kerana susu tersebut akan mengembang apabila dibekukan

5) Sebaik sahaja selesai perah, jangan disimpan terus ke dlm peti sejuk kerana susu masih hangat lagi. Biarkan dulu lebih kurang 3 min barulah disimpan.Susu yang hendak dibekukan sebaiknya simpan dahulu di bahagian sejuk sebelum diletakkan di bahagian beku

6) Jangan simpan susu di bahagian pintu peti sejuk kerana bahagian tersebut mempunyai suhu yang tidak stabil. Tambahan lg bahagian pintu sentiasa kerap dibuka.Sebaiknya simpan susu di bahagian belakang paling atasdan paling dalam kerana suhunya adalah lebih stabil

7) Tempat penyimpanan yang khas
-Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, gunakan freezer untuk menyimpan stok susu anda. Ini adalah kerana susu tahan sehingga 6 bln di dlm freezer. Tambahan lagi, susu dapat disimpan tanpa dicampur adukkan dengan makanan mentah lain seperti daging, ikan atau ayam.

8) Cooler bag
-Cooler bag boleh digunakan untk menyimpan susu dalam tempoh yang tidak terlalu lama.
-Jika di tempat kerja, anda menyimpan susu di dalam cooler bag, pastikan cooler bag cukup sejuk dengan ice pack yang mencukupi
-Kurangkan kekerapan membuka cooler bag supaya susu lebih tahan lama.

Antara bahan penting yang perlu ada untuk menyimpan susu

Ice Pack


Breast Milk Storage Bag

Botol susu dalam freezer
Jadual penyimpanan perahan susu

Semoga ibu2 dapat menjayakan penyusuan susu ibu. Berikan susu terbaik kepada baby kesayangan anda..
Jemput juga ke link di bawah untuk lebih banyak info berkaitan dunia penyusuan..

http://hairunissajopri.blogspot.com/2015/01/10-panduan-ringkas-memilih-pam-susu.html
http://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/stok-susu-berkurang.html

Hairunissa
019-3584312



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Unknown said...

Nice Sharing.

Unknown said...

Tq Anira Abdul

idaliseyadav said...

Mens Titanium watches and watches for sale - TITNIA
Find your perfect black titanium rings mens titanium watches and watches for sale buy metal online today! We titanium mokume gane offer our customers the latest designs columbia titanium pants and models titanium dog teeth implants for the stylish

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...