10 Panduan Ringkas Memilih Pam Susu Terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan blog y sy kasihi sekalian..Masih mencari2 pam susu yang sesuai untuk dibeli??Jom ikuti panduan di bawah.Kali ni saya suka utk berkongsi 10 panduan ringkas dalam memilih pam susu terbaik. Memandangkan saya juga merupakan ibu yang menyusukan anak, maka saya juga amat memerlukan panduan ini..Jom kita lihat sama2 apakah panduan tersebut..

10 panduan memilih pam susu terbaik

1) Ikut Bajet
- Tidak semestinya pam yang paling mahal itu yang paling baik utk anda
- Beli pam ikut bajet anda

2) Meniru gaya hisapan bayi
- Memilih pam yang meniru gaya hisapan bayi adalah sangat penting untuk keselesaan anda supaya tidak sakit
-Cuba pilih pam yang sedutan awalnya pendek dan cepat, diikuti kemudian hisapan yang dalam dan perlahan

3) Ketahanan
-Pilihlah pam yang tahan lasak, kukuh dan selamat
-Pam yang terbaik adalah dikelaskan sebagai hospital grade- selamat, kukuh, lasak dan berkesan

4) Sesuai dengan situasi kerja
- Memilih pam ikut kesesuaian situasi kerja
-Jika selalu kerja di luar,selalu memandu dan tiada punca elektrik, elok cari yang ada powerbank, boleh guna bateri dan hands free

5) Keselesaan
-Pilih yang selesa dgn jenis payudara ibu
-Jika jenis sensitive, carilah pam yang lembut

6) Penjimatan masa
-Carilah pam yang boleh menjimatkan masa anda. Pam double lebih jimat mas berbanding single
- Pilihlah pam double yang boleh ubah kepada single. Ini sgt penting sekiranya semasa anda sedang mengepam, tiba2 anak nangis nak susu. Tanpa perlu cabut corong pun anda dah boleh teruskan menyusu anak secara direct..(yang ni sy suka sgt..tak banyak pam di pasaran yg ada fungsi ni)

7) Mudah dicuci dan dikendalikan
- Pilihlah pam yang senang dicuci sekiranya anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk mencuci
-Cari pam yang bahagiannya mudah dicuci

8) Saiz pam
- Pilih pam yang saiznya ringan dan tidak terlalu besar terutamanya bagi ibu yang selalu kerja di luar
-Ini memudahkan anda untuk membawanya ke mn sahaja
-Bagi ibu yang kerja di pejabat shj, saiz dan berat tidak menjadi masalah

9) Bunyi semasa operasi
-Sebaiknya carilah yang bunyinya senyap supaya tidak menganggu org sekeliling ketika mengepam

10)Keberkesanan
-Pam yang mempunyai ciri auto cycle lbh berkesan berbanding pam yang perlu ditekan punat sentiasa.
-Pilihlah pam yang mampu mengeluarkan susu dengan kadar yang maksimum

Semoga panduan-panduan ini membantu ibu2 di luar sana yang masih bingung untuk memilih pam terbaik untuk bayi anda..
Tidak dilupa juga amalan pemakanan yang boleh menjadi milk booster..Untuk lebih lanjut boleh la baca pengalaman saya menyusukan anak..

http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/04/just-because-of-you.html
http://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/stok-susu-berkurang.html

Ini gambar pam susu yang saya gunakan sekarang. Ianya sangat serasi dengan saya dan harga juga berpatutan..Gambar sekadar hiasan..



Untuk dapatkan info dan konsultasi percuma berkaitan milk booster boleh la terus hubungi saya

Love breastfeeding
Love Set Bfeed Shaklee
Hairunissa bt Jopri
0193584312
nissajopri@gmail.com




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

emyrul nordin said...

Mcm tau2 je sy tgh cari pam baru... mgkin bole cuba pam autumn..

Singgah dan tglkan jejak di blog sy ye.. www.cikgarangsihat.blogspot.com.
tq

emyrul nordin said...

Mcm tau2 je sy tgh cari pam baru... mgkin bole cuba pam autumn..

Singgah dan tglkan jejak di blog sy ye.. www.cikgarangsihat.blogspot.com.
tq

Hairunissa Jopri said...

hihi..yup btul tu emyrul nordin..sy selesa dgn autumz tmbh lg hrganye mampu milik.dgn fungsi yg hmpir sm dgn pam yg lbh mahal..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...