8 Cara Penyimpanan Susu Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ibu-ibu yang gigih menyusukan anak. Tahniah kerana anda mempunyai kesedaran yang cukup tinggi untuk menjayakan penyusuan susu ibu ini. Semoga dapat meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun ye..Sama-sama kita berjuang..Saya pun mempunyai impian untuk menyususkan anak ke 3 saya sehingga 2 tahun spt yg disarankan dalam Al-Quran. Di sini saya ingin berkongsi sedikit cara-cara membuat penyimpanan susu ibu berdasarkan pengalaman saya dlm menyusukan 3 orang anak. Bagi ibu2 yang baru sahaja menerima cahaya mata utk pertama kali mungkin info ini cukup bermanfaat buat anda..

8 Cara Penyimpanan Susu Ibu :-

1) Bekas Penyimpanan
- Ibu mesti memastikan bekas menyimpan susu sentiasa dlm keadaan bersih.
-Susu disimpan dalam bekas sama ada di dalam botol atau milk storage bag. Jika ingin menjimatkan ruang sebaiknya simpan dalam breast milk storage bag kerana dalam satu storage bag tu boleh menyimpan sehingga 12 oz.

2) Catat tarikh dan masa
-Catatkan tarikh dan masa perahan susu sebelum menyimpannya
-Ini sangat penting supaya kita dapat menggunakan stok yang lama supaya tidak berlaku pembaziran susu ibu.Setitik susu ibu itu sangat bernilai buat saya.

3) Simpan dalam kuantiti yang mencukupi
-simpan susu ikut kuantiti yang cukup bagi 1 kali baby menyusu
- Sebagai contoh : Sekiranya sekali minum dlm 3-4 oz, maka simpanlah susu ikut kuantiti tersebut.

4) Tidak memenuhkan ruang dalam bekas
- Jangan simpan susu dengan memenuhi ruang bekas.Ini adalah kerana susu tersebut akan mengembang apabila dibekukan

5) Sebaik sahaja selesai perah, jangan disimpan terus ke dlm peti sejuk kerana susu masih hangat lagi. Biarkan dulu lebih kurang 3 min barulah disimpan.Susu yang hendak dibekukan sebaiknya simpan dahulu di bahagian sejuk sebelum diletakkan di bahagian beku

6) Jangan simpan susu di bahagian pintu peti sejuk kerana bahagian tersebut mempunyai suhu yang tidak stabil. Tambahan lg bahagian pintu sentiasa kerap dibuka.Sebaiknya simpan susu di bahagian belakang paling atasdan paling dalam kerana suhunya adalah lebih stabil

7) Tempat penyimpanan yang khas
-Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, gunakan freezer untuk menyimpan stok susu anda. Ini adalah kerana susu tahan sehingga 6 bln di dlm freezer. Tambahan lagi, susu dapat disimpan tanpa dicampur adukkan dengan makanan mentah lain seperti daging, ikan atau ayam.

8) Cooler bag
-Cooler bag boleh digunakan untk menyimpan susu dalam tempoh yang tidak terlalu lama.
-Jika di tempat kerja, anda menyimpan susu di dalam cooler bag, pastikan cooler bag cukup sejuk dengan ice pack yang mencukupi
-Kurangkan kekerapan membuka cooler bag supaya susu lebih tahan lama.

Antara bahan penting yang perlu ada untuk menyimpan susu

Ice Pack


Breast Milk Storage Bag

Botol susu dalam freezer
Jadual penyimpanan perahan susu

Semoga ibu2 dapat menjayakan penyusuan susu ibu. Berikan susu terbaik kepada baby kesayangan anda..
Jemput juga ke link di bawah untuk lebih banyak info berkaitan dunia penyusuan..

http://hairunissajopri.blogspot.com/2015/01/10-panduan-ringkas-memilih-pam-susu.html
http://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/stok-susu-berkurang.html

Hairunissa
019-3584312



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Panduan Ringkas Memilih Pam Susu Terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan blog y sy kasihi sekalian..Masih mencari2 pam susu yang sesuai untuk dibeli??Jom ikuti panduan di bawah.Kali ni saya suka utk berkongsi 10 panduan ringkas dalam memilih pam susu terbaik. Memandangkan saya juga merupakan ibu yang menyusukan anak, maka saya juga amat memerlukan panduan ini..Jom kita lihat sama2 apakah panduan tersebut..

10 panduan memilih pam susu terbaik

1) Ikut Bajet
- Tidak semestinya pam yang paling mahal itu yang paling baik utk anda
- Beli pam ikut bajet anda

2) Meniru gaya hisapan bayi
- Memilih pam yang meniru gaya hisapan bayi adalah sangat penting untuk keselesaan anda supaya tidak sakit
-Cuba pilih pam yang sedutan awalnya pendek dan cepat, diikuti kemudian hisapan yang dalam dan perlahan

3) Ketahanan
-Pilihlah pam yang tahan lasak, kukuh dan selamat
-Pam yang terbaik adalah dikelaskan sebagai hospital grade- selamat, kukuh, lasak dan berkesan

4) Sesuai dengan situasi kerja
- Memilih pam ikut kesesuaian situasi kerja
-Jika selalu kerja di luar,selalu memandu dan tiada punca elektrik, elok cari yang ada powerbank, boleh guna bateri dan hands free

5) Keselesaan
-Pilih yang selesa dgn jenis payudara ibu
-Jika jenis sensitive, carilah pam yang lembut

6) Penjimatan masa
-Carilah pam yang boleh menjimatkan masa anda. Pam double lebih jimat mas berbanding single
- Pilihlah pam double yang boleh ubah kepada single. Ini sgt penting sekiranya semasa anda sedang mengepam, tiba2 anak nangis nak susu. Tanpa perlu cabut corong pun anda dah boleh teruskan menyusu anak secara direct..(yang ni sy suka sgt..tak banyak pam di pasaran yg ada fungsi ni)

7) Mudah dicuci dan dikendalikan
- Pilihlah pam yang senang dicuci sekiranya anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk mencuci
-Cari pam yang bahagiannya mudah dicuci

8) Saiz pam
- Pilih pam yang saiznya ringan dan tidak terlalu besar terutamanya bagi ibu yang selalu kerja di luar
-Ini memudahkan anda untuk membawanya ke mn sahaja
-Bagi ibu yang kerja di pejabat shj, saiz dan berat tidak menjadi masalah

9) Bunyi semasa operasi
-Sebaiknya carilah yang bunyinya senyap supaya tidak menganggu org sekeliling ketika mengepam

10)Keberkesanan
-Pam yang mempunyai ciri auto cycle lbh berkesan berbanding pam yang perlu ditekan punat sentiasa.
-Pilihlah pam yang mampu mengeluarkan susu dengan kadar yang maksimum

Semoga panduan-panduan ini membantu ibu2 di luar sana yang masih bingung untuk memilih pam terbaik untuk bayi anda..
Tidak dilupa juga amalan pemakanan yang boleh menjadi milk booster..Untuk lebih lanjut boleh la baca pengalaman saya menyusukan anak..

http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/04/just-because-of-you.html
http://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/stok-susu-berkurang.html

Ini gambar pam susu yang saya gunakan sekarang. Ianya sangat serasi dengan saya dan harga juga berpatutan..Gambar sekadar hiasan..



Untuk dapatkan info dan konsultasi percuma berkaitan milk booster boleh la terus hubungi saya

Love breastfeeding
Love Set Bfeed Shaklee
Hairunissa bt Jopri
0193584312
nissajopri@gmail.com




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hantaran Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..Entri kali ni sy suka nk citer ttg hantaran perkahwinan..Maklum sajelah org zaman sekarang ni tak mengira waktu pun buat majlis perkahwinan. Kalau dulu time cuti sekolah je bole buat majlis..

Teringat pulak zaman masa nk kahwin dulu..Kalau la kenal Shaklee dh lm minta en abg hantaran kahwin Shaklee!!..hihi..
Mesti ade tertanya2, apakah hantaran yang sesuai utk majlis kahwin drpd Shaklee..

Kalau ade yang pening lagi memikirkan hantaran yang sesuai, jom sy bagi idea..Pasti org tsyg hepi sgt2 bile dpt hantaran ni..Sekali sekala bg yg terbaik utk kesihatan psgn tercinta ape salahnye kan!!
Jom tgk hantaran yang sesuai!

Utk psgn lelaki antaranya Kesihatan Optimum, Set Suami Isteri
Utk psgn perempuan antaranya Set Nutriwhite, Set Kecantikan, Set Kesihatan Optimum

 
Cepat!!..jgn lepaskan peluang dptkan hrga yg cukup best drpd sy!!
 
 
Hairunissa
0193584312

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[Tips Mudah Turunkan Berat Badan ]

 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang disayangi kerana Allah..Semoga dalam keberkatan Ilahi hendaknya..
Alhamulillah..kita dberi kesempatan untuk meminjam nikmat Allah yang tidak terhingga..Pagi ni saya suka untuk berkongsi beberapa tips untuk turunkan berat badan..Senang kata untuk diet la..

Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006.

Benarkah kalau kita diet, langsung tak boleh amek nasi dalam setiap menu hidangan?
Adakah dengan tidak mengambil nasi berat anda akan turun?..Ramai yang menganggap bila nak diet je kene skip pengambilan nasi dalam menu..Tapi amek pula cheese cake, kek coklat, ayam goreng sebagai makanan ringan...Ha...cmne tu nak turun berat badan???

Ok, di sini sy kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan secara sihat :-

1. Kunyah makanan lebih lama
    - supaya berasa cepat kenyang ,mengurangkan pengambilan makanan.

2. Gaya pemakanan
    - Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang  
      tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
    - Jangan makan lewat malam, selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur
    - Jika terasa lapar apabila terbangun dari tidur pada waktu malam, minum air kosong atau makan 
      sebiji buah seperti epal atau pisang
    - Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan.
    - Kawal nafsu makan dengan mengambil 5-7 hidangan sehari

3. Lebihkan serat
    - Jika terasa lapar, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa 
      lapar. Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan
      membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa
      kenyang. Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi 
      membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum
      penuh.

4. Pengambilan Protein
    - Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan
      memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta
      antara makan tengahari dan makan malam.
    - Protein adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Ia akan membantu anda untuk
      mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan
      yang secukupnya.Pastikan anda mengambil protein yang baik bagi setiap hidangan anda dan
      mencapai keperluan harian anda.  Pilih protein yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk
      hasil yang terbaik. Sebagai contoh Energyzing Soy Protein atau Cinch Shake

5. Pengambilan Supplement
     - Anda boleh menggunakan supplement diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat
       badan di samping  mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

6. Aktiviti Fizikal
     - Tingkatkan aktiviti fizikal anda seperti bersukan, berjogging, bersenam. Tujuannya adalah utk   
        membakar lemak dan kalori. Boleh juga mengambil supplement bagi tujuan pembakaran lemak
       dan kalori..Antara supplement yang sesuai untuk pembakaran lemak adalah Omega Guard dan
        Lecithin..
    - Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu
      petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push
      up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set.

7. Kitaran Kalori
    - Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda  
      setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda
      untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan
      memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya
      metabolisma yang rendah ini.
--- Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara
     tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.

8. Jangan Tidur Ketika Lapar
    -  Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan
       berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda.
       Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan
       pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah
       pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.

       kredit : blog azizi.com dan kevin zahri

Semoga tips di atas dapat membantu anda di luar sana untuk mengurangkan berat badan kepada berat yg lebih ideal..Tidak dilupakan juga bahawa pengambilan supplement turut membantu anda untuk diet..
Maka saya mencadangkan Set Diet Shaklee utk anda! Rugi tak mencubanya tau

 
Jom kita tengok  testimoni yang berjaya menurunkan berat badan dgn Set ini..
 
jom kira berat ideal dgn klik link di bawah..
 

Ingin mencubanya??
Jom hubungi saya untuk info lanjut

Hairunissa
0193584312



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Awet Muda Cara Islam

Assalamualaikum..Semoga semua pembaca blog saya ceria2 selalu dan sihat2 belaka!..Hari ni sy nak share tentang petua untuk kekal awet muda cara Islam..Enjoy ur reading!
 
Berikut beberapa petua untuk kekal awet muda cara Islam. Semestinya mudah & selamat.
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu).
Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Petua awet muda ini sekadar perkongsian yang boleh diamalkan. In Shaa Allah dengan izin Nya ia berkesan untuk memberikan wajah berseri dan awet muda
semua petua awet muda ini dikongsikan dari laman mirlme.com
- See more at: http://fuh.my/petua-awet-muda-cara-islam-terbaik/#sthash.3x04pLpk.dpuf
Petua 1 :
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini. 

Petua 2 : 
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat. 

Petua 3 : 
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.


Petua 4 : 
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.


Petua 5 : 
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua 6 : 
Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : 
Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 :
 Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
Petua 9: 
Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu).


Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.


Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akanmempercepatkan proses kedutan.


Petua awet muda ini sekadar perkongsian yang boleh diamalkan. InsyaAllah dengan izinNya ia berkesan untuk memberikan wajah berseri dan awet muda.
 
 
 
 
Zikir Penyeri Wajah

Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.
 
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.
 
Pengambilan supplement juga turut mempengaruhi seri wajah pada kulit..Sel sel kulit yang sihat pasti menghasilkan kulit yang berseri, ceria dari luaran..Cantik di dalam, berseri di luar..Tak gitu?
Untuk melihat supplement yang sesuai untuk kesihatan kulit, jemputlah ke link di bawah. Ada banyak lagi tips kulit berseri dengan hanya menggunakan barang di dapur..
Jemput click ye!
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips kecantikan kulit wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan pembaca blog saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk kita jenguk sebentar sedikit tips kecantikan kulit wajah..Emm..kecantikan dan wanita itu tidak dapat dipisahkan. Semua wanita pasti ingin kelihatan cantik kan..Terutamanya cantik di mata suami!!..Mari kita tengok apakah tips yang kita boleh lakukan untuk kelihatan cantik secara semulajadi tanpa perlu make up tebal..

Anda inginkan kulit wajah gebu menawan?

Cubalah petua-petua di bawah:

Petua Menggebukan Wajah 1:
Lenyekkan buah tomato yang ranum kemerahan dan gosokkan di wajah dan leher. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam. Amalkan selalu.

Petua Menggebukan Wajah 2:
Goreng beras pulut tanpa minyak hinggan bertukar warna menjadi kuning.
Kisar beras tersebut hingga halus. Kemudian campurkan beras bersama sedikit madu dan air perahan limau. Kacau hingga mesra.
Basuh muka dan oles campuran beras tadi ke seluruh wajah. Biarkan hingga kering atau selama15minit. Bilas dengan air bersih. Laku kan seminggu sekali.

Petua Menggebukan Wajah 3:
Sapu susu segar pada muka dan gosok-gosokkan seperti membasuh muka hingga rata. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air suam.
Lakukan 2 minggu sekali.

Ha..tentunya tak sabra nak mencubanya kan..Tunggu..nanti dulu..Saya ada lagi petua khas untuk kulit sihat dan cantik dari dalaman..Kecantikan akan terserlah bila struktur sel-sel kulit juga sihat dari dalam..Ingin dapatkan sel kulit yang sihat dan berseri??

Cubalah supplement di bawah..Hasilnya memang awesome!!..Suami pasti teruja..

Jom tengok testimoninya pulak..



Testimoni diri sendiri: Yg ni testimoni sy sndri.ms ni nk kuar g pasar je dgn anak2..Pung pang pung pang..x sempat nk berbedak2..tp ttp confident tanpa secalit bedak pun di muka..Ia satu anugerah n bonus utk sy.Alhamdulillah..


Anda tidak percaya??Rugi jika tidak mencubanya dan memberi peluang pada diri sendiri untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat secara semulajadi tanpa bahan kimia..
Tunggu apa lagi! Jom dapatkannya. Hubungi saya untuk dapatkan harga yg cukup best!


Hairunissa bt Jopri
0193584312

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara mengatasi masalah darah tinggi

Tahukah anda antara penyakit senyap yg cukup merbahaya ketika ini adalah darah tinggi..Setiap org mempunyai jantung untuk mengepam dan berfungsi dengan baik. Jantung akan menguncup dan berehat untuk menghasilkan tekanan yang membawa darah ke seluruh badan. Setiap orang mempunyai tekanan yang berbeza-beza. Masalah tekanan darah tinggi mestilah dirawat dengan segera supaya tidak menyebabkan stroke dan juga kematian.



PUNCA?

Antara punca darah tinggi:-

a)Cara hidup yang tidak aktif
b) Obesiti
c) Umur > 35 tahun
d) Faktor keturunan
e) Pengambilan garam berlebihan
f) pengambian alcohol/ rokok

CARA ATASI?

  • Amalkan pemakanan yang sihat
  • Kurangkan pengambilan lemak dan garam
  • Senaman berkala
  • Dapatkan berat badan yang ideal
  • Berhenti merokok
  • Pengambilan supplement yang bersesuaian
Walaubagaimanapun, darah tinggi dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan supplement sebagai ikhtiar untuk mencegah dan merawatnya..


Antara testimoni yg berjaya mengawal darah tinggi dengan set Darah tingi Shaklee



Semoga sedikit perkongsian ini dpt memberi peluang kepada rakan pembaca blog supaya menikmati hidup yang lebih sihat dan ceria tanpa terlalu bergantung kepada ubat hospital..
Anda nak cuba??Nak hadiahkan untuk diri sendiri atau mak ayah??

Hubungi saya untuk sebarang konsultasi percuma

Hairunissa bt Jopri
0193584312
FB page : Jom Sihat Selalu
FB : Hairunissa bt Jopri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...