Assalamualaikum dan Selamat Pagi buat semua pembaca blog saya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke entri ini. Saya doakan anda semua sentiasa sihat selalu. Hari ini saya suka untuk berkongsi cerita kisah orang perempuan. Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang nutrisi dan kesihatan ini, saya dapati masalah senggungut merupakan masalah yang dihadapai oleh ramai wanita di luar sana tetapi ada yang mungkin malu dan segan untuk berkongsi cerita tersebut.
Perasan tak seandainya kita bertemu dengan orang yang selalu mengalami senggugut, kita akan turu rasa simpati. Ada yang sampai berguling-guling atas katil, tak boleh bangun, rasa teramat sakit dan macam-macam lagi.Bagi anda yang sering mengalami masalah ini, adakah anda ingin berterusan berhadapan dengan situasi dan kesakitan seperti itu?? Oleh sebab itu beberapa langkah untuk mengatasinya mestilah diambil secepat yang mungkin. Sebelum tu kita tengok dulu apa punca berlaku senggugut ni?
Punca Senggugut
Senggugut atau istilah
perubatannya ialah dismenorea.
Ia merujuk kepada kesakitan yang kita alami semasa permulaan period. Ia mungkin
lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali
period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala
yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau
sedikit
Senggugut (PMS) adalah
himpunan simptom fizikal, psikologi dan emosi yang berkait dgn kitaran haid
wanita. Dianggarkan 80% wanita pada usia boleh mengandung, mempunyai sebahagian
simptom PMS ini. Simptom sedemikian biasanya boleh di jangka dan berlaku secara
tetap semasa 2 minngu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau
selepas permulaan aliran haid.Tahukah anda, kesakitan yang
dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim
yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang
bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu
dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang
dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
Secara fisiologinya, semasa
terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim
yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai
'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid
yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.
Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara
serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan
terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut.
'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit,
muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat
membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca
kepada senggugut.
Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka
yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya
senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi
penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan
masalah kesuburan. Namun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis'
ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan
tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang
teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal
sahaja.
Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari
kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan
besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga
mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini
disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin
melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana
sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau
pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti.
Kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar
atau sakit semasa berhubungan kelamin.
Senggugut merupakan himpunan
simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi dua simptom
paling menonjol adalah mudah terganggu dan ketegangan. Simptom sebenar dan
tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakan wanita dengan
sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masalah tersebut.
Antara langkah yang boleh diambil untuk menagatasi masalah senggugut adalah :
1) Bersenam
- Berlari atau berjalan laju. Kurang bersenam mungkin boleh menyebabkan senggugut yang teruk.Berjalan laju dan cepat dapat membantu melepaskan endorfin yang akan membantu mengurangkan sakit serta meringankan kesakitan
-Lompat bintang sebanyak mana yang mampu. Ia dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut
2) Tidur
- Dapatkan rehat yang cukup bagi membuang fikiran daripada rasa sakit
3) Mandi Air Panas
- Membantu merehatkan otot-otot perut anda dan lebih penting menenangkan fikiran. Jangan mandi air sejuk kerana badan boleh masuk angin
4) Minum Air Suam
- Biasakan minum air suam ketika mengalami senggugut. Hatta tidak senggugut pun air suam sangat baik untuk kesihatan berbanding air sejuk
5) Supplement atau Vitamin
- Pertimbangkan vitamin dan supplement yang sesuai dengan masalah senggugut anda. Antara supplement yang disyorkan adalah
GLA, Ostematrix dan B Complex.
(Sumber :
http://profhariz.com/langkah-mengubati-senggugut/
http://www.resepirahsiaku.com/2011/03/6-tip-atasi-sakit-sengugut-pms.html)
Bagaimana supplement ini dapat mengatasi senggugut?
a)GLA complex
-Mengandungi Evening Primrose Oil yang terbaik dan merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi. GLA adalah Gamma Linolenic Acid iaitu sejenis asid lemak perlu (Essential Fatty Acid-EFA).PERLU bermaksud badan kita tidak boleh hasilkan sendiri dan kita perlu dapatkan sumber tersebut daripada makanan harian.
-Wanita yang senggugut tidak dapat hasilkan asid linolenik dengan baik untuk GLA. Oleh itu GLA mengurangkan symptom senggugut.
b) Ostematrix
-Kalsium yang cukup dapat mengurangkan senggugut. Sebelum haid bermula paras kalsium akan menurun menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom.Selain itu wanita yang senggugut juga kekurangan Magnesium. Maka Ostematrix adalah terbaik kerana dapat membekalkan kalsium dan Magnesium.
c) B Complex
-Vitamin B5(asid panthothenik). B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut
-Vitamin B5 mengurangkan rasa tertekan dan diperlukan oleh kelenjar adrenal
-Vitamin B6 menstabilkan paras estrogen ke tahap normal, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita.Juga meringankan symptom-symptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, dan perasaan marah-marah
-Vitamin B12 bantu meringankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan
(sumber : http://www.intanazlin.com/2012/11/atasi-masalah-senggugut-dengan-vitamin.html
http://healthy.babykawaiistore.com/category/gla-complex/)
Apa pula kata mereka yang dah cuba supplement atasi senggugut ni??Jom kita tengok..
Jadi, bagi anda di luar sana yang menghadapi masalah senggugut jangan risau kerana ada penyelesaiannya. InshaAllah saya sudi membantu.. Jom atasinya sebelum melarat. Ianya tidak boleh dipandang remeh. Cukup bahaya. Terutamanya bagi wanita yang ingin bergelar isteri dan ibu.Jika anda ingin dapatkan konsultasi percuma boleh la terus menghubungi saya. Semoga ianya bermanfaat buat semua.
Hairunissa bt Jopri
0193584312
FB page : Jom Sihat Selalu