Assalmualaikum dan Selamat Pagi buat semua pembaca blog saya. Di zaman teknologi kini terdapat banyak makanan yang boleh menjadi punca berlakunya kanser. Kadangkala terdapat juga makanan kegemaran kita itu boleh menjadi penyebab dan penggalak kepada kanser. Selagi kita mampu mencegahnya, selagi itulah kita harus berusaha ke arah itu. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?
Di sini saya kongsikan beberapa makana yang boleh menjadi penggalak berlakunya kanser. Antaranya adalah :
1) Makanan yang mengandungi GMO (Genetically Modified Organism)
Makanan yang telah diubahsuai genetiknya merupakan makanan yang tidak baik kepada kesihatan kita. Ia berpotensi tinggi untu menyebabkan penyakit kanser. Oleh sebab itu, sebagai pengguna kita harus bijak dalam memilih makanan dan menu setiap hari. Cuba beralih kepada makanan daripada sumber asli, tidak mengandungi bahan kimia dan yang lebih penting bersifat organic dan semulajadi. Biasanya produk bersifat GMO ini terdiri daripada soya dan jagung. Maka pemilihan soya organic dan non-gmo wajib diberi perhatian bagi peminat soya. Energyzing Soy Protein (ESP) merupakan satu2 nya soya yang bersifat non-gmo yang terdapat di pasaran sekarang.
2) Daging yang diproses/ daging beku
Ini termasuklah daging beku, daging dalam tin, sosej atau hotdog yang mengandungi bahan pengawet yang banyak bagi mengekalkan keadaan asal daging itu sentiasa dalam keadaan baik.Ia memang memberikan kesegaran pada daging tersebut tetapi ia juga boleh menyebabkan kanser!!. Penyakit yang cukup berbahaya!. Sebagai alternative pastikan daging tersebut adalah segar dari ladang dan tidak dirawat.
3) Makanan atau Minuman manis
Kajian saintifik oleh European Food Safety Authority (EFSA) mendapati bahawa terdapat lebih daripada 20 kajian yang berasingan telah mengesahkan pemanis tiruan boleh mengakibatkan kecacatan kelahiran dan kanser. Pengambilan minuman manis yang kerap berisiko mendapat kanser pancreas dan kolon. Gula merupakan sumber makanan utama untuk sel-sel kanser dan pertumbuhan tumor. Sebagai alternative peminat air cordial, gas dan soda boleh beralih kepada jus buah-buahan yang diproses sendiri. Ini adalah kerana kesegaran jus tersebut hanyalah manis daripada buah semulajadi.
4) Tepung Putih Halus
Kajian dalam Jurnal Cancer Epidemiology, Mile Markers and Prevention mendapati bahawa penggunaan berterusan karbohidrat halus boleh meningkatkan sehingga 220% potensi kepada kanser payudara dalam kalangan wanita
5) Buah-buahan bukan organic
Buah-buahan bukan organic mengandungi baja dan racun serangga yang boleh mendedahkan kepada risiko kanser. Bahan racun serangga yang berlebihan memudahkan toksin yang banyak masuk ke dalam tubuh manusia.
6) Minyak Hydrogenated
Minyak ini digunakan sebagai bahan pengawet bagi menjadikan makanan lebih lama. Namun minyak ini mengubah struktur sel membrane dalam badan sehingga membuka ruang untuk pelbagai penyakit dating termasuklah kanser. Elakkan makanan bergoreng seperti kentang goreng yang mengandungi minyak hidrogenasi.
Mencegah itu lebih baik daripada merawatnya. Oleh yang demikian marilah kita mengawal gaya pemakanan kita. Makanlah untuk mendapatkan nutrisi yang sihat bukannya untuk sedap di tekak je..hihi.Semoga perkongisan ini bemanfaat buat semua. Untuk mendapatkan alternative lain bagi mencegah kanser, bolehlah mencuba Vivix! Ia sebagai usaha mencegahnya dan merawat kanser.
Pengedar Shaklee Johor Bahru
Hairunissa bt Jopri
0193584312
FB page : Jom Sihat Selalu
FB : hairunissa binti Jopri
Klik link di bawa untuk melihat ubat kanser bersama testimony
http://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/revolusi-penemuan-terbaru-vivix.html
Makanan Penyebab Kanser
Tips Berpuasa bagi Orang Gastrik
Assalamualaikum n selamat sejahtera buat sume pembaca blog yang beragama Islam. Alhamdulillah kita sudah pun berada di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Saya ingin berkongsi dengan anda sedikit tips untuk berpuasa bagi pesakit gastrik. Sebenarnya pesakit gastrik juga boleh menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Anda tidak terkecuali seandainya ada alternative dan tips berpuasa yang diikuti dengan sebaiknya. Gastrik bukanlah alas an itu tidak berpuasa.
Tips berpuasa bagi orang gastrik
Waktu Bersahur :
1) jangan tinggal sahur. Seeloknya mengikut sunnah dengan melewatkan sahur
2) Mengambil makanan yang tidak pedas dan berempah ketika sahur
3) Lebihkan protein dan serat, elakkan makanan yang banyak gula. Protein boleh memberikan rasa kenyang lebih lama disamping memberikan kita tenaga.Protein akan diuraikan kepada karbohidrat dan kemudiannya tenaga. Manakala gula ringkas pula akan terus bertukar kepada tenaga menyebabkan keletihan sepanjang berpuasa
4) Sumber protein yang disarankan adalah bersifat non-gmo yang tidak diubah kandungan genetiknya dan bersifat semulajadi. Sangat disyorkan untuk mencuba Energyzing Soy Protein sebanyak 3 sudu ketika sahur
Waktu Berbuka :
1) Berbuka dengan kurma dan air suam terlebih dahulu sebelum ambil makanan lain.
2) Elakkan minuman berkafein yang boleh merangsang pengeluaran asid perut yang tinggi
3) Elakkan makanan berlemak kerana ia menganggu kelancaran pencernaan
4) Makanlah secara sederhana. Amalkan berhenti sebelum kenyang
Semoga tips tersebut bermanfaat buat anda semua. Saya doakan kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna
Setiap pelanggan yang membeli dengan saya akan menerima TIPS EKSKLUSIF PERCUMA daripada saya.
Hairunissa
0193584312
FB: Hairunissa Bt Jopri
FB Page : Jom Sihat Selalu
Dialu2 kan untuk LIKE page saya ye!
[Cara Masak Laksa Penang]
Ok..kita straight to the point ye..
Bahan-bahan:
Bahan A
- 3 biji bawang besar
- Lada kering
- Sedikit belacan
Bahan B
- 3 atau 4 keping asam keeping
-Daun Kesum
-Bunga Kantan
Bahan C
- 5 ekor ikan sela atau ikan selayang /ikan kembung
Bahan D
- 1kg laksa penang
- Ulaman seperti salad, bawang, timun, cili padi
Cara meneydiakan laksa
1) Rebus ikan di bahan C
2) Amek isi ikan dan kemudian blender bersama air rebusan ikan. Masukkan dalam periuk atas api.
3) Masukkan bahan A yang dikisar bersama ke dalam periuk
4) Apabila mendidih, masukkan asam keping, daun kesum,bunga kantan
5) Hiriskan bahan ulaman seperti daun salad, timun, bawang dan cili padi
6) Tuangkan 1kg laksa penang ke dalam bekas dan kemudian jiruskan dengan air panas
7) Siap!
Mudah kan!..selamat mencuba Menu Sihat ini..
Inginkan produk kesihatan Shaklee??
Boleh dapatkannya daripada saya
FB : Hairunissa bt Jopri
Tel : 0193584312
[Langkah Mengatasi Maslah Senggugut]
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kita alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit
Senggugut (PMS) adalah himpunan simptom fizikal, psikologi dan emosi yang berkait dgn kitaran haid wanita. Dianggarkan 80% wanita pada usia boleh mengandung, mempunyai sebahagian simptom PMS ini. Simptom sedemikian biasanya boleh di jangka dan berlaku secara tetap semasa 2 minngu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.
Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.
Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. Kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.
Senggugut merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi dua simptom paling menonjol adalah mudah terganggu dan ketegangan. Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakan wanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masalah tersebut.
(Sumber : http://profhariz.com/langkah-mengubati-senggugut/
http://www.resepirahsiaku.com/2011/03/6-tip-atasi-sakit-sengugut-pms.html)
Bagaimana supplement ini dapat mengatasi senggugut?
a)GLA complex
-Mengandungi Evening Primrose Oil yang terbaik dan merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi. GLA adalah Gamma Linolenic Acid iaitu sejenis asid lemak perlu (Essential Fatty Acid-EFA).PERLU bermaksud badan kita tidak boleh hasilkan sendiri dan kita perlu dapatkan sumber tersebut daripada makanan harian.
-Wanita yang senggugut tidak dapat hasilkan asid linolenik dengan baik untuk GLA. Oleh itu GLA mengurangkan symptom senggugut.
b) Ostematrix
-Kalsium yang cukup dapat mengurangkan senggugut. Sebelum haid bermula paras kalsium akan menurun menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom.Selain itu wanita yang senggugut juga kekurangan Magnesium. Maka Ostematrix adalah terbaik kerana dapat membekalkan kalsium dan Magnesium.
c) B Complex
-Vitamin B5(asid panthothenik). B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut
-Vitamin B5 mengurangkan rasa tertekan dan diperlukan oleh kelenjar adrenal
-Vitamin B6 menstabilkan paras estrogen ke tahap normal, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita.Juga meringankan symptom-symptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, dan perasaan marah-marah
-Vitamin B12 bantu meringankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan
(sumber : http://www.intanazlin.com/2012/11/atasi-masalah-senggugut-dengan-vitamin.html
http://healthy.babykawaiistore.com/category/gla-complex/)
Apa pula kata mereka yang dah cuba supplement atasi senggugut ni??Jom kita tengok..
Hairunissa bt Jopri
0193584312
FB page : Jom Sihat Selalu
8 Cara Penyimpanan Susu Ibu
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ibu-ibu yang gigih menyusukan anak. Tahniah kerana anda mempunyai kesedaran yang cukup tinggi untuk menjayakan penyusuan susu ibu ini. Semoga dapat meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun ye..Sama-sama kita berjuang..Saya pun mempunyai impian untuk menyususkan anak ke 3 saya sehingga 2 tahun spt yg disarankan dalam Al-Quran. Di sini saya ingin berkongsi sedikit cara-cara membuat penyimpanan susu ibu berdasarkan pengalaman saya dlm menyusukan 3 orang anak. Bagi ibu2 yang baru sahaja menerima cahaya mata utk pertama kali mungkin info ini cukup bermanfaat buat anda..
8 Cara Penyimpanan Susu Ibu :-
1) Bekas Penyimpanan
- Ibu mesti memastikan bekas menyimpan susu sentiasa dlm keadaan bersih.
-Susu disimpan dalam bekas sama ada di dalam botol atau milk storage bag. Jika ingin menjimatkan ruang sebaiknya simpan dalam breast milk storage bag kerana dalam satu storage bag tu boleh menyimpan sehingga 12 oz.
2) Catat tarikh dan masa
-Catatkan tarikh dan masa perahan susu sebelum menyimpannya
-Ini sangat penting supaya kita dapat menggunakan stok yang lama supaya tidak berlaku pembaziran susu ibu.Setitik susu ibu itu sangat bernilai buat saya.
3) Simpan dalam kuantiti yang mencukupi
-simpan susu ikut kuantiti yang cukup bagi 1 kali baby menyusu
- Sebagai contoh : Sekiranya sekali minum dlm 3-4 oz, maka simpanlah susu ikut kuantiti tersebut.
4) Tidak memenuhkan ruang dalam bekas
- Jangan simpan susu dengan memenuhi ruang bekas.Ini adalah kerana susu tersebut akan mengembang apabila dibekukan
5) Sebaik sahaja selesai perah, jangan disimpan terus ke dlm peti sejuk kerana susu masih hangat lagi. Biarkan dulu lebih kurang 3 min barulah disimpan.Susu yang hendak dibekukan sebaiknya simpan dahulu di bahagian sejuk sebelum diletakkan di bahagian beku
6) Jangan simpan susu di bahagian pintu peti sejuk kerana bahagian tersebut mempunyai suhu yang tidak stabil. Tambahan lg bahagian pintu sentiasa kerap dibuka.Sebaiknya simpan susu di bahagian belakang paling atasdan paling dalam kerana suhunya adalah lebih stabil
7) Tempat penyimpanan yang khas
-Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, gunakan freezer untuk menyimpan stok susu anda. Ini adalah kerana susu tahan sehingga 6 bln di dlm freezer. Tambahan lagi, susu dapat disimpan tanpa dicampur adukkan dengan makanan mentah lain seperti daging, ikan atau ayam.
8) Cooler bag
-Cooler bag boleh digunakan untk menyimpan susu dalam tempoh yang tidak terlalu lama.
-Jika di tempat kerja, anda menyimpan susu di dalam cooler bag, pastikan cooler bag cukup sejuk dengan ice pack yang mencukupi
-Kurangkan kekerapan membuka cooler bag supaya susu lebih tahan lama.
Antara bahan penting yang perlu ada untuk menyimpan susu
Semoga ibu2 dapat menjayakan penyusuan susu ibu. Berikan susu terbaik kepada baby kesayangan anda..
Jemput juga ke link di bawah untuk lebih banyak info berkaitan dunia penyusuan..
http://hairunissajopri.blogspot.com/2015/01/10-panduan-ringkas-memilih-pam-susu.html
http://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/stok-susu-berkurang.html
Hairunissa
019-3584312
10 Panduan Ringkas Memilih Pam Susu Terbaik
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan blog y sy kasihi sekalian..Masih mencari2 pam susu yang sesuai untuk dibeli??Jom ikuti panduan di bawah.Kali ni saya suka utk berkongsi 10 panduan ringkas dalam memilih pam susu terbaik. Memandangkan saya juga merupakan ibu yang menyusukan anak, maka saya juga amat memerlukan panduan ini..Jom kita lihat sama2 apakah panduan tersebut..
10 panduan memilih pam susu terbaik
1) Ikut Bajet
- Tidak semestinya pam yang paling mahal itu yang paling baik utk anda
- Beli pam ikut bajet anda
2) Meniru gaya hisapan bayi
- Memilih pam yang meniru gaya hisapan bayi adalah sangat penting untuk keselesaan anda supaya tidak sakit
-Cuba pilih pam yang sedutan awalnya pendek dan cepat, diikuti kemudian hisapan yang dalam dan perlahan
3) Ketahanan
-Pilihlah pam yang tahan lasak, kukuh dan selamat
-Pam yang terbaik adalah dikelaskan sebagai hospital grade- selamat, kukuh, lasak dan berkesan
4) Sesuai dengan situasi kerja
- Memilih pam ikut kesesuaian situasi kerja
-Jika selalu kerja di luar,selalu memandu dan tiada punca elektrik, elok cari yang ada powerbank, boleh guna bateri dan hands free
5) Keselesaan
-Pilih yang selesa dgn jenis payudara ibu
-Jika jenis sensitive, carilah pam yang lembut
6) Penjimatan masa
-Carilah pam yang boleh menjimatkan masa anda. Pam double lebih jimat mas berbanding single
- Pilihlah pam double yang boleh ubah kepada single. Ini sgt penting sekiranya semasa anda sedang mengepam, tiba2 anak nangis nak susu. Tanpa perlu cabut corong pun anda dah boleh teruskan menyusu anak secara direct..(yang ni sy suka sgt..tak banyak pam di pasaran yg ada fungsi ni)
7) Mudah dicuci dan dikendalikan
- Pilihlah pam yang senang dicuci sekiranya anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk mencuci
-Cari pam yang bahagiannya mudah dicuci
8) Saiz pam
- Pilih pam yang saiznya ringan dan tidak terlalu besar terutamanya bagi ibu yang selalu kerja di luar
-Ini memudahkan anda untuk membawanya ke mn sahaja
-Bagi ibu yang kerja di pejabat shj, saiz dan berat tidak menjadi masalah
9) Bunyi semasa operasi
-Sebaiknya carilah yang bunyinya senyap supaya tidak menganggu org sekeliling ketika mengepam
10)Keberkesanan
-Pam yang mempunyai ciri auto cycle lbh berkesan berbanding pam yang perlu ditekan punat sentiasa.
-Pilihlah pam yang mampu mengeluarkan susu dengan kadar yang maksimum
Semoga panduan-panduan ini membantu ibu2 di luar sana yang masih bingung untuk memilih pam terbaik untuk bayi anda..
Tidak dilupa juga amalan pemakanan yang boleh menjadi milk booster..Untuk lebih lanjut boleh la baca pengalaman saya menyusukan anak..
http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/04/just-because-of-you.html
http://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/stok-susu-berkurang.html
Ini gambar pam susu yang saya gunakan sekarang. Ianya sangat serasi dengan saya dan harga juga berpatutan..Gambar sekadar hiasan..
Untuk dapatkan info dan konsultasi percuma berkaitan milk booster boleh la terus hubungi saya
Love breastfeeding
Love Set Bfeed Shaklee
Hairunissa bt Jopri
0193584312
nissajopri@gmail.com
Hantaran Perkahwinan
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..Entri kali ni sy suka nk citer ttg hantaran perkahwinan..Maklum sajelah org zaman sekarang ni tak mengira waktu pun buat majlis perkahwinan. Kalau dulu time cuti sekolah je bole buat majlis..
Teringat pulak zaman masa nk kahwin dulu..Kalau la kenal Shaklee dh lm minta en abg hantaran kahwin Shaklee!!..hihi..
Mesti ade tertanya2, apakah hantaran yang sesuai utk majlis kahwin drpd Shaklee..
Kalau ade yang pening lagi memikirkan hantaran yang sesuai, jom sy bagi idea..Pasti org tsyg hepi sgt2 bile dpt hantaran ni..Sekali sekala bg yg terbaik utk kesihatan psgn tercinta ape salahnye kan!!
Jom tgk hantaran yang sesuai!
Utk psgn lelaki antaranya Kesihatan Optimum, Set Suami Isteri
Utk psgn perempuan antaranya Set Nutriwhite, Set Kecantikan, Set Kesihatan Optimum
[Tips Mudah Turunkan Berat Badan ]
Ok, di sini sy kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan secara sihat :-
1. Kunyah makanan lebih lama
- supaya berasa cepat kenyang ,mengurangkan pengambilan makanan.
2. Gaya pemakanan
- Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang
tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
- Jangan makan lewat malam, selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur
- Jika terasa lapar apabila terbangun dari tidur pada waktu malam, minum air kosong atau makan
sebiji buah seperti epal atau pisang
- Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan.
- Kawal nafsu makan dengan mengambil 5-7 hidangan sehari
3. Lebihkan serat
- Jika terasa lapar, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa
lapar. Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan
membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa
kenyang. Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi
membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum
penuh.
4. Pengambilan Protein
- Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan
memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta
antara makan tengahari dan makan malam.
- Protein adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Ia akan membantu anda untuk
mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan
yang secukupnya.Pastikan anda mengambil protein yang baik bagi setiap hidangan anda dan
mencapai keperluan harian anda. Pilih protein yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk
hasil yang terbaik. Sebagai contoh Energyzing Soy Protein atau Cinch Shake
5. Pengambilan Supplement
- Anda boleh menggunakan supplement diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat
badan di samping mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
6. Aktiviti Fizikal
- Tingkatkan aktiviti fizikal anda seperti bersukan, berjogging, bersenam. Tujuannya adalah utk
membakar lemak dan kalori. Boleh juga mengambil supplement bagi tujuan pembakaran lemak
dan kalori..Antara supplement yang sesuai untuk pembakaran lemak adalah Omega Guard dan
Lecithin..
- Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu
petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push
up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set.
7. Kitaran Kalori
- Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda
setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda
untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan
memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya
metabolisma yang rendah ini.
--- Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara
tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.
8. Jangan Tidur Ketika Lapar
- Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan
berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda.
Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan
pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah
pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.
kredit : blog azizi.com dan kevin zahri
Semoga tips di atas dapat membantu anda di luar sana untuk mengurangkan berat badan kepada berat yg lebih ideal..Tidak dilupakan juga bahawa pengambilan supplement turut membantu anda untuk diet..
Maka saya mencadangkan Set Diet Shaklee utk anda! Rugi tak mencubanya tau
Ingin mencubanya??
Jom hubungi saya untuk info lanjut
Hairunissa
0193584312
Petua Awet Muda Cara Islam
Petua 2 :
Petua 3 :
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu).
Petua awet muda ini sekadar perkongsian yang boleh diamalkan. InsyaAllah dengan izinNya ia berkesan untuk memberikan wajah berseri dan awet muda.
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.
Tips kecantikan kulit wajah
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan pembaca blog saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk kita jenguk sebentar sedikit tips kecantikan kulit wajah..Emm..kecantikan dan wanita itu tidak dapat dipisahkan. Semua wanita pasti ingin kelihatan cantik kan..Terutamanya cantik di mata suami!!..Mari kita tengok apakah tips yang kita boleh lakukan untuk kelihatan cantik secara semulajadi tanpa perlu make up tebal..
Anda inginkan kulit wajah gebu menawan?
Cara mengatasi masalah darah tinggi
Tahukah anda antara penyakit senyap yg cukup merbahaya ketika ini adalah darah tinggi..Setiap org mempunyai jantung untuk mengepam dan berfungsi dengan baik. Jantung akan menguncup dan berehat untuk menghasilkan tekanan yang membawa darah ke seluruh badan. Setiap orang mempunyai tekanan yang berbeza-beza. Masalah tekanan darah tinggi mestilah dirawat dengan segera supaya tidak menyebabkan stroke dan juga kematian.
PUNCA?
Antara punca darah tinggi:-
a)Cara hidup yang tidak aktif
b) Obesiti
c) Umur > 35 tahun
d) Faktor keturunan
e) Pengambilan garam berlebihan
f) pengambian alcohol/ rokok
CARA ATASI?
- Amalkan pemakanan yang sihat
- Kurangkan pengambilan lemak dan garam
- Senaman berkala
- Dapatkan berat badan yang ideal
- Berhenti merokok
- Pengambilan supplement yang bersesuaian
Antara testimoni yg berjaya mengawal darah tinggi dengan set Darah tingi Shaklee
Semoga sedikit perkongsian ini dpt memberi peluang kepada rakan pembaca blog supaya menikmati hidup yang lebih sihat dan ceria tanpa terlalu bergantung kepada ubat hospital..
Anda nak cuba??Nak hadiahkan untuk diri sendiri atau mak ayah??
Hubungi saya untuk sebarang konsultasi percuma
Hairunissa bt Jopri
0193584312
FB page : Jom Sihat Selalu
FB : Hairunissa bt Jopri
Cara kira protein yang diperlukan oleh badan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Terima kasih kpd semua pembaca blog hairunissajopri.blogspot.com krn sudi membuka entri ini..
Hari ni sy nk berkongsi tentang cara kira kira keperluan protein harian yg diperlukan oleh badan..
Utk pengetahuan rakan pembaca, keperluan protein utk setiap individu adlh berbeza mengikut berat badan masing-masing.Keperluan org dewasa dan kanak-kanak jg adlh berbeza kerana masing-masing mempunyai jism yg berbeza.
Ok,jom kita kira keperluan protein yg sesuai utk berat badan kita..
Keperluan protein
harian(g)= Berat (kg) × 0.8
Contohnya : Berat si A adlh 45kg.
Maka keperluan protein harian = 45 × 0.8
= 36g
Ini bermakna Si A perlu memastikan bahawa jumlah protein yg diambil setiap hari adlh 36 g..
Mudahkan nak kira..
Sekarang,boleh la sm2 kire brape nilai protein y dimakan ari ni. Cuba tgk senarai d bwh..
Nilai ni cumalah anggaran shj..tp bole jg djadikan panduan..
- 85 g daging kambing = 20-26 g protein
- 1 cawan keju cottage = 25 g protein
- 85 g daging ayam = 22- 24 g protein
- 85 g daging lembu = 21- 23 g protein
- 85 g tuna dalam tin = 22 g protein
- 85 g kerang mentah = 22 g protein
- 85 g ikan siakap = 21 g protein
- 85 g ikan haddock = 21 g protein
- 85 g ikan kod = 22- 24 g protein
- 85 g udang segar = 18 g protein
- 85 g ikan salmon = 17- 22 g protein
- 85 g ketam = 16- 19 g protein
- 85 g scallop = 14 g protein
- 85 g daging ayam belanda = 16-19 g protein
- ½ cawan putih telur = 12.3 g protein
- ½ cawan yogurt rendah lemak = 10-13 g protein
- 28 g keju = 6-8 g protein
- 2 biji telur rebus = 12 g protein
- ½ cawan tempe = 16.5 g protein
- 1 cawan kekacang = 14-17 g protein
- 170 g tauhu = 14 g protein






























