Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang disayangi kerana Allah..Semoga dalam keberkatan Ilahi hendaknya..
Alhamulillah..kita dberi kesempatan untuk meminjam nikmat Allah yang tidak terhingga..Pagi ni saya suka untuk berkongsi beberapa tips untuk turunkan berat badan..Senang kata untuk diet la..
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006.
Benarkah kalau kita diet, langsung tak boleh amek nasi dalam setiap menu hidangan?
Adakah dengan tidak mengambil nasi berat anda akan turun?..Ramai yang menganggap bila nak diet je kene skip pengambilan nasi dalam menu..Tapi amek pula cheese cake, kek coklat, ayam goreng sebagai makanan ringan...Ha...cmne tu nak turun berat badan???
Ok, di sini sy kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan secara sihat :-
1. Kunyah makanan lebih lama
- supaya berasa cepat kenyang ,mengurangkan pengambilan makanan.
2. Gaya pemakanan
- Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang
tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
- Jangan makan lewat malam, selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur
- Jika terasa lapar apabila terbangun dari tidur pada waktu malam, minum air kosong atau makan
sebiji buah seperti epal atau pisang
- Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan.
- Kawal nafsu makan dengan mengambil 5-7 hidangan sehari
3. Lebihkan serat
- Jika terasa lapar, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa
lapar. Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan
membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa
kenyang. Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi
membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum
penuh.
4. Pengambilan Protein
- Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan
memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta
antara makan tengahari dan makan malam.
- Protein adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Ia akan membantu anda untuk
mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan
yang secukupnya.Pastikan anda mengambil protein yang baik bagi setiap hidangan anda dan
mencapai keperluan harian anda. Pilih protein yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk
hasil yang terbaik. Sebagai contoh Energyzing Soy Protein atau Cinch Shake
5. Pengambilan Supplement
- Anda boleh menggunakan supplement diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat
badan di samping mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
6. Aktiviti Fizikal
- Tingkatkan aktiviti fizikal anda seperti bersukan, berjogging, bersenam. Tujuannya adalah utk
membakar lemak dan kalori. Boleh juga mengambil supplement bagi tujuan pembakaran lemak
dan kalori..Antara supplement yang sesuai untuk pembakaran lemak adalah Omega Guard dan
Lecithin..
- Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu
petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push
up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set.
7. Kitaran Kalori
- Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda
setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda
untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan
memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya
metabolisma yang rendah ini.
--- Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara
tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.
8. Jangan Tidur Ketika Lapar
- Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan
berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda.
Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan
pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah
pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.
kredit : blog azizi.com dan kevin zahri
Semoga tips di atas dapat membantu anda di luar sana untuk mengurangkan berat badan kepada berat yg lebih ideal..Tidak dilupakan juga bahawa pengambilan supplement turut membantu anda untuk diet..
Maka saya mencadangkan Set Diet Shaklee utk anda! Rugi tak mencubanya tau
Jom kita tengok testimoni yang berjaya menurunkan berat badan dgn Set ini..
jom kira berat ideal dgn klik link di bawah..
Ingin mencubanya??
Jom hubungi saya untuk info lanjut
Hairunissa
0193584312
1 comments:
Terima kasih atas tips dan perkongsian...;)
selain ambil suplement untuk kurus,kita perlu jaga pemakanan dan senaman juga.suplement ni hanya membantu mempercepatkan turun berat badan..
Post a Comment